Saturday 7 September 2013

Open House Hari Raya Aidilfitri Rushdan Yusoff Properties

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara post kali ini. Tidak terlambat bagi pihak Rushdan Yusoff Properties (RYP) untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua muslim muslimat yang telah menyambut hari raya pada beberapa minggu lepas. 

Seperti tahun tahun kebelakangan RYP akan mengadakan open house sempena Hari Raya Aidilfitri. seperti tahun ni juga, sambutan open house RYP telah di adakan pada 2 September 2013 yang lalu di syarikat kami sendiri di Nilam Puri, Kelantan. Jamuan hari raya ini berlansung dengan jayanya seperti yang di rancang. 

Pelbagai juadah telah disediakan. Setiap staff serta pelajar praktikal diharuskan menyediakan satu juadah untuk dibawa ketika majlis sambutan hari raya tersebut. Antara juadah yang telah disediakan kepada hampir 200 tetamu adalah kambing bakar sebgai menu special di samping nasi minyak, soto, bihun goreng, sate, nasi impit, puding, kek dan beraneka  macam juadah lagi. Semuanya enak enak dan alhamdulilah kami mendapat sambutan yang memberangsangkan dari tetamu yang rata ratanya adalah pembekal, pihak kerajaan, pihak bank, saudara terdekat serta agensi agensi yang terpilih. 

kambing bakar yang disediakan sendiri oleh staff kami

sesi menyediakan daging kambing kepada tetamu yang hadir

antara juadah yang dihidangkan kepada tetamu yang hadir


antara suasana ketika majlis yang sempat ditangkap oleh lensa kamera kami

ini pula staff dan pelajar praktikal yang bertungkus lumus menyediakan juadah kepada tetamu


Sebelum mengundur diri saya dari pihak RYP ingin menyusun sepuluh jari tanda ampun dan maaf andai ada salah dan silap ketika jari meniti keyboard ini. Sehingga berjumpa di post yang akan datang. Kami warga RYP mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang sudi hadir ke majlis kami 2 September lalu. Semoga ada rezeki dan jodoh kita akan bertemu di hari raya tahun hadapan. Sekian terima kasih.

1 comment: