Sunday, 30 March 2014


Bahagian pinjaman perumahan (BPP)

Pelan Takaful Gadai Janji (MRTT) dan Pelan Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang (LTHO)

Pelan Takaful Gadai Janji (MRTT) dan Pelan Takaful Pemilik Rumah Jangka Panjang (LTHO) merupakan pelan pakej 2 dalam 1 yang direka oleh Sun Life Malaysia Takaful Berhad (SLMT) eksklusif untuk peminjam pinjaman/pelanggan pembiayaan di Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (BPP). Kini, melalui pelan pakej 2 dalam 1 ini anda akan mendapat ketenangan fikiran kerana keluarga dan hartanah anda selamat dilindungi.



Kelebihan utama:


- Ketenangan fikiran ke atas penjelasan baki pinjaman/pembiayaan tertakluk kepada jadual jumlah perlindungan berkurangan ke atas Kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD).


- Jika berlaku kematian terhadap anda semasa tempoh takaful, manfaat kematian bersamaan dengan jumlah yang mana lebih tinggi di antara Jumlah Perlindungan Berkurangan atau nilai Akaun Peserta anda, akan dibayar.

- Sekiranya anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD), manfaat TPD bersamaan dengan jumlah yang mana lebih tinggi di antara Jumlah Perlindungan Berkurangan atau nilai Akaun Peserta anda, akan dibayar.


TPD ditakrifkan seperti berikut dan akan diperincikan secara lanjut pada Penyata Maklumat Sijil anda:-
- JIKA ANDA BEKERJA, TPD merupakan hilang upaya menyeluruh dan kekal, yang menghalang anda daripada menjalankan sebarang bentuk kerja, perniagaan, pekerjaan atau profesion.
- JIKA ANDA TIDAK BEKERJA, TPD bermaksud ketidakupayaan kekal dan berterusan yang menghalang anda melakukan sekurang-kurangnya 3 Aktiviti Harian Utama seperti Memakai Baju, Mandi dan Makan.



Kelebihan-kelebihan lain:


• Perlindungan Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal sehingga mencapai usia 65 tahun. 


• Tambahan Manfaat Khairat Kematian sehingga jumlah agregat RM3,000 untuk satu sijil.


• Perlindungan tidak terhad ke atas perjalanan, kediaman atau pekerjaan
.

• Sumbangan tunggal yang mampu dibayar.


• Apabila penjelasan awal ke atas pinjaman/pembiayaan dibuat, nilai serahan akan dibayar, sekiranya ada.

• Permohonan/Pendaftaran yang mudah.

No comments:

Post a Comment